00:01Sebanyak 281 premis melibatkan 1,292 unit penyimpanan stok diperiksa oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup menerusi op kesan 4.0 di seluruh negara dari 1 hingga 7 Julai.
00:17Menterinya Dato' Armizan Muhammad Ali berkata, daripada jumlah itu, 2 notis hadir di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 melibatkan 6 sku telah dikeluarkan dan selesai dilaksanakan.
00:31Kita telah memanggil 2 perniagaan, notis hadir dan mereka telah pun hadir ke KPDN pada minggu lepas, saya fikir pada 1 hari bulan, Julai yang lepas.
00:50Dan kedua-dua tersebut setelah kita mengadakan sesi libat urus, kedua-dua syarikat yang terkait dengan Frozen Food dan yang kedua penjualan bongkah ais, mereka telah bersetuju untuk menangguhkan pergerakan harga tersebut sehingga mereka maklumkan kemudian untuk mereka mengkaji
01:15dari segi elemen pencatutan tersebut. Jadi itu 2. Dan additional, kita baru mengeluarkan notis lagi kepada 4 lagi syarikat untuk kita panggil dalam minggu ini untuk kita mendapatkan perjelasan kerana mereka telah pun membuat pengumuman ataupun melaksanakan pergerakan harga barangan.
01:45Katanya tindakan susulan penguatkuasaan yang dilaksanakan terhadap sebarang maklumat pergerakan harga barang dan caj perkhidmatan akan melibatkan penelitian kepada 4 elemen, iaitu senarai barang dan bentuk perkhidmatan, senarai perniagaan dan syarikat berdaftar, tarikh pendaftaran dan pergerakan harga dan caj, serta margin pergerakan dan pencatutan.
02:06Tambahnya bagi mengelakkan melanggar undang-undang semua pihak perlu membuat rujukan kepada Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan berhubung polisi serta mekanisme pelaksanaan dasar baharu berkaitan cukai jualan dan perkhidmatan SST.
02:21Terima kasih.