00:00Polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang dipercayai melarikan diri selepas kereta Perdua Al-Zah yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai yang kedalamannya,
00:11kira-kira 1.5 meter berhampiran jalan kuari Sungai Long, Hulu Langat, Kajang pada Selasa.
00:17Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazrun Abdul Yusof memberitahu pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu
00:24sekitar pukul 9.30 pagi selepas saksi mendakwa terdengar bunyi bising di kawasan sungai tersebut.
00:33Menurut saksi, kira-kira jam 9 pagi mereka terlihat seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari kenderaan itu sebelum melarikan diri.
00:42Hasil siasatan mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan yang memaklumkan
00:48kenderaan itu disewakan kepada individu lain sebelum dipinjam pasangan suami isteri terbabit.
00:54Polis masih mengesan pasangan itu bagi mengetahui punca kejadian.
00:59Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis terdekat dengan segera.
Comments