00:00Pembangunan sektor telekomunikasi di Malaysia dilihat sebagai model contoh negara-negara Afrika.
00:06Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata Algeria dan Senegal berminat untuk belajar dari Malaysia mengenai pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan pelaksanaan transformasi digital.
00:19Perkara itu dinyatakan dalam mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Algeria, Sid Ali Zaruki dan Senegal, Ali Yun Sal.
00:28Mereka ingin melihat dan melakukan benchmarking cara Malaysia melaksanakan perancangan infrastruktur telekomunikasi.
00:40Dalam banyak perbincangan, mereka sangat kagum yang Malaysia telah capai 98% liputan untuk 4G, 82% lebih untuk 5G
00:51dan tahap penggunaan 5G mencecah 80% daripada pengguna internet.
01:00Beliau berkata demikian selepas mesyuarat dua hala berkenaan sempena sidang kemuncak dunia mengenai acara peringkat tinggi masyarakat bermaklumat di Geneva, Switzerland.
01:09Menurut Fahmi, langkah seterusnya adalah mewujudkan Memorandum Persefahaman dengan negara-negara terbabit.
01:16Ia melibatkan kementerian dan badan yang bertanggungjawab untuk kawal selia sektor telekomunikasi dan internet.
01:23Katanya, pencapaian Malaysia dengan pengiktirafan program seperti nadi di peringkat antarabangsa
01:28wajar dicontohi dan digunapakai di negara-negara lain termasuk di benua Afrika.
01:34Dengan pihak Algeria, mereka berhasrat untuk menjemput Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam perbincangan dalam platform SmartAfrika
01:49yang saya rasa satu platform yang menarik dan sangat berpotensi dan sudah pasti berlesa sebagai negara yang tidak berpihak
01:59yang menggunakan teknologi dari sama ada barat maupun timur, banyak yang boleh kita ceritakan,
02:07banyak pengalaman yang boleh kita kongsikan, kejayaan dan cabaran dalam melaksanakan terutama rangkaian 5G
02:18dalam bentuk sama ada rangkaian borong tunggal, single wholesale network maupun dui rangkaian seperti yang kita telah ada sekarang.
02:29Selain Algeria dan Senegal, Fahmi turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Ghana, Samuel Narty George.
02:35Terima kasih kerana menonton!