Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kesedihan menyelubungi Hospital Al-Shifa di Gaza pada Sabtu, apabila rakyat Palestin meratapi pemergian insan tersayang yang terkorban ketika mencari bantuan kemanusiaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesedihan menyelubungi Hospital Al-Shifa di Gaza pada Sabtu apabila rakyat Palestine meratapi pemergian insan tersayang yang terkorban ketika mencari bantuan kemanusiaan.
00:13Menurut pakar perubatan, dalam kejadian pada Jumaat berhampiran lokasi agihan bantuan di Rafah, Tentera Israel berterusan melakukan serangan hingga mengorbankan orang awam.
00:24Beberapa jam selepas lawatan utusan Asia Barat, Amerika Syarikat Steve Woodcoff ke salah satu tapak bantuan, tiga rakyat Palestine dilaporkan ditembak mati tentera Zionis berhampiran lokasi tersebut.
00:37Tentera Israel menyatakan sedang menyiasat kejadian itu dan mendakwa tembakan amaran dilepaskan terhadap kumpulan suspek yang menghampiri anggota mereka dari jarak ratusan meter.
00:48Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu menganggarkan lebih seribu nyawa telah terkorban di Gaza ketika cuba mendapatkan bantuan sejak sistem agihan makanan GHF mula beroperasi.
00:59Israel mempertahankan tindakannya sebagai langkah mempertahankan diri dan menunding jari kepada Hamas atas keganasan yang berlaku.

Recommended