00:00Emilia Arab Bersatu, UAE dan Jordan pada Jumaat mengetuai misi beberapa negara menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza menerusi pelepasan dari udara.
00:12Ia disertai pesawat dari Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.
00:16Memetik Anadolu Agensi, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zaid Al-Nahyan, berkata ia merupakan arahan Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zaid Al-Nahyan.
00:31UAE akan terus menerajui inisiatif global untuk menyediakan sokongan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestine di Gaza melalui operasi darat, udara dan laut dalam keadaan krisis kemanusiaan yang kritikal.
00:42Operasi bantuan kemanusiaan ke-59 menerusi udara itu dilaksanakan pada Jumaat yang diketuai UAE dan Jordan bersama tujuh buah pesawat dari Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.
00:55Abdullah menyifatkan usaha itu sebagai model kerjasama antarabangsa yang berkesan dalam tindak balas kemanusiaan.
01:01Tentera Israel sebelum ini umumkan negara-negara luar dibenarkan menghantar bantuan ke Gaza melalui pelepasan dari udara.
01:07Bagaimanapun, bantuan yang dihantar ke Gaza yang dilanda ke buluran menerusi kaedah payung terjun sebelum ini dilaporkan menghempap orang awam dan mengakibatkan kematian.
01:17Minggu lalu, Program Makanan Sedunia WFP, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memberi amaran 1 per 3 penduduk Gaza tidak mendapat makanan selama beberapa hari berturut-turut akibat sekatan Israel.
01:29Terima kasih telah menonton!