Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Lapan maut dan tiga lagi masih hilang selepas banjir kilat melanda wilayah Dien Bien di utara Vietnam, susulan hujan lebat berterusan sejak 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lapan maut dan tiga lagi masih hilang selepas banjir kilat melanda wilayah Dien Bien di utara Vietnam, susun hujan lebat berterusan sejak 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.
00:11Agensi Berita Vietnam melaporkan beberapa lagi mangsa cedera dan kini dirawat di hospital, manakala puluhan rumah dilaporkan musnah.
00:22Di kampung Hang Puk Si saja, 17 buah rumah terjejas teruk termasuk 14 daripadanya yang dihanyutkan banjir.
00:30Sekurang-kurangnya, 30 kampung kini terputus hubungan akibat kerosakan jalan menyukarkan usaha menyelamat dan penghantaran bantuan.
00:38Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Hong Ha berkata, beliau menggesa tindakan segera untuk menyelamatkan mangsa dan memulihkan komunikasi.
00:46Beliau juga mengarahkan penggunaan telefon satelit, penjana mudah alih dan kaedah alternatif bagi menyambung semula hubungan dengan kawasan terpencil.
00:55Pasukan penyelamat termasuk tentera dan polis dikerahkan untuk mencari mangsa hilang dan menghantar bekalan.
01:01Pihak berkuasa tempatan turut berdepan cabaran besar seperti tanah runtuh, gangguan bekalan elektrik dan juga lokasi perkampungan yang terasin di kawasan pergunungan.
01:09Terima kasih kerana menonton!

Recommended