Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut akibat dirempuh dan digilis sebuah kenderaan SUV mewah jenis Lexus dinaiki empat penjenayah pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar pada Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang anggota polis berpangkat korporal maut akibat dirempuh dan digilis sebuah kenderaan SUV mewah jenis Lexus dinaiki empat penjenayah di Taman Golf Al-Ostah pada Kamis.
00:12Mangsa Muhammad Hafizul Izham Mazlan, 35 tahun, yang mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian 3.30 petang itu.
00:24Ketua Polis Kedah Komisional Azli Abu Syah berkata, mangsa bersama seorang pegawai dan tiga anggota pergi ke sebuah rumah dengan menaiki dua kereta untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima maklumat awam berkaitan aktiviti pecah rumah di situ.
00:40Kesebuah pegawai dan anggota terbabit adalah dari bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah JSJ, Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah.
00:48Tengah buat melakukan pecah rumah dan cuba angkat peti besi. Jadi, yang di depan anggota saya ini, korporal, 15 tahun servis, baru keluar kereta, dia langgar terus.
01:02Depan kat kereta, langgar, lenyik, sehingga meninggal.
01:10So, lari, dapat tangkap satu, tiga lagi lepas lari, sampai kereta, of course, bila dia ram tu, ada rosak, bukan rosak, dia kemet teruk, dia lari ke, sampai ke, kita kejar ke, raya hotel, dia cuba sambung satu, lari ke satu kereta, tak dapat.
01:31Tapi, dia dapat lagi satu kereta, milik satu perempuan lokal dan lari, sampai ke Kepala Batas Jitera, kita dapat tangkap tiga-tiga.
01:42Azli berkata, kesemua suspek yang berusia 24 hingga 26 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan juga Seksyen 457 kerana pecah rumah.
01:53Beliau berkata, suspek berusia 26 tahun yang dipercayai merupakan ketua kumpulan itu mempunyai 77 rekod jenayah lampau yang majoritinya melibatkan kes pecah rumah dan curi kereta selain kes dadah.
02:06Manakala, tiga lagi suspek kumpulan itu yang dipercayai dari selatan tanah air turut mempunyai rekod jenayah yang melibatkan pelbagai kesalahan.
02:13Umur dia adalah 24 hingga 26 tahun. Dengan rekod jenayah umur yang kecil, 77 rekod. Yang kebanyakan berkaitan pecah rumah, curi kereta.
02:30Dan adalah satu dua dadah. Satu lagi 30 rekod. Tak sampai 30, umur 30 rekod. Means konsisten buat jenayah.
02:43Satu lagi itu 6 rekod dan 2 rekod. Dan mereka ini adalah berasal daripada luar, daripada selatan, Johor.
02:50Azli berkata jenazah arwah Kopra Muhammad Hafizul yang sudah berkhidmat selama 15 tahun dan berasal dari Setiu Terengganu itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sudanabaya Alustar untuk berdasar siasat.
03:03Muhammad Hafizul meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki yang berusia 4, 9 dan 11 tahun.

Recommended