00:00Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan berangkat melawat Tokka Kipinia, sebuah pusat teknologi dan inovasi di Moskow sebagai sebahagian daripada lawatan negara ke Rusia.
00:15Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut penasihat kepada Presiden Pesketuan Rusia Dmitry Peskov dan Naib Presiden Kanan Institut Sains dan Teknologi Skolkovo, Alexey Ponomarev.
00:30Mengiringi Seri Paduka Baginda, Menteri Pertahanan Merangkap Menteri Pengiring, Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Muhammad Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Lun Lai.
00:44Sepanjang sesi lawatan selama satu jam itu, Sultan Ibrahim berkenan meninjau pameran teknologi drone Rusia dengan dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi kepada Seri Paduka Baginda diberikan Peskov.
00:58Pameran itu turut mempamerkan pelbagai jenis drone yang direka untuk pelbagai aplikasi sekaligus memperlihatkan keupayaan Rusia yang semakin berkembang dalam sektor sistem penerbangan tanpa juruterbang.