Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pemilik kenderaan mewah yang disita kerana gagal memperbaharui cukai jalan dan tidak memiliki perlindungan insurans wajib melunaskan semua bayaran tertunggak sebelum kenderaan mereka boleh dilepaskan semula.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemilik kenderaan mewah yang disita kerana gagal memperbaharui cukai jalan dan tidak memiliki perlindungan insurans, wajib melunaskan semua bayaran tertunggak sebelum kenderaan mereka boleh dilepaskan semula.
00:13Menteri Pengangkutan Anthony Locke menegaskan tiada pengecualian diberikan termasuk kepada pemilik yang sanggup membayar saman semata-mata untuk mengelak bayaran cukai jalan tahunan yang lebih tinggi.
00:24Yang pertamanya pendekatan yang kita gunakan ini sekarang ini perkuasaan dan apa yang kita gunakan kalau mereka tak ada road tax dan insurans, kita sita kenderaan itu sehingga mereka menyelesaikan semua bayaran-bayaran yang sepatutnya mereka buat.
00:42Itu mengikut undang-undang sedia adalah. Tapi untuk meletakkan satu tindakan yang lebih berat itu sudah tentu kita perlu melihat balik akta kita.
00:50Jelas beliau ramai pemilik cuba mengambil jalan mudah dengan hanya membayar saman RM300.
00:58Namun hakikatnya cukai jalan dan insurans tetap perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kenderaan boleh dikeluarkan dari simpanan JPJ.
01:06Menurut Locke, JPJ sedang giat melaksanakan tindakan penyitaan dalam operasi semasa terhadap pemilik kenderaan mewah yang ingkar.
01:14Media sebelum ini melaporkan lebih seribu kenderaan mewah dikenalpasti tidak memperbarui cukai jalan untuk tempoh yang panjang.
01:23Antara model terbabit termasuk Ferrari, Lamborghini dan Porsche milik selebriti serta ahli perniagaan terkenal.
01:29Menyentuh cadangan menaikkan kadar kompaun, Locke berkata kertas cadangan sedang disiapkan untuk dibawa ke kabinet namun sebarang pindaan perlu melalui proses semakkan undang-undang.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended