Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Malaysia mahu menjadi pelopor dan pemimpin di rantau ini dalam usaha daya tahan iklim dan kewangan mampan melalui strategi peralihan hijau yang komprehensif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia mahu menjadi pelopor dan pemimpin dirantau ini dalam usaha daya tahan iklim dan kewangan mampan melalui strategi peralihan hijau yang komprehensif.
00:10Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusuf menekankan keperluan mendesak untuk menggunakan kewangan bagi menyokong bukan sahaja pengurangan pelepasan gas tetapi penyesuaian daya tahan dalam membangunkan ekonomi.
00:23Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu dalam ucap tama penutup sidang kemuncak kewangan iklim 2025 di Ibu Negara berkata kewangan iklim adalah satu keperluan selain memainkan peranan penting dalam meperkasa agenda hijau Malaysia dan peralihan tenaga.
00:42Beliau berkongsi kemajuan di bawah pelan hala tujuh peralihan tenaga nasional NETR termasuk matlamat untuk mengurangkan intensiti pelepasan sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai 70% kapasiti tenaga boleh diperbarui menjelang 2050.
00:59Tema Membiayai Ketahanan Iklim untuk Peralihan Hijau sidang kemuncak ini bukan hanya tepat pada masanya tetapi selari dengan keperluan global serta usaha Malaysia dalam membina ekonomi rendah karbon, mengukurkan daya tahan iklim dan memastikan peralihan tenaga yang inklusif.

Recommended