00:00Amerika Syarikat bersetuju untuk mengenakan tarif sifar ke atas ekspor tembaga dari Indonesia ketika Jakarta Giat Berusaha mendapatkan layanan bebas cukai bagi beberapa komoditi yang tidak dihasilkan oleh Washington.
00:14Perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan Indonesia, Rosan Roslani pada Rabu. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam sebelum tarif balas sebanyak 19% oleh Amerika dijadualkan berkuat kuasa.
00:26Berucap dalam satu forum perniagaan Jepun, Rosan berkata tembaga Indonesia yang penting dalam pengeluaran kenderaan elektrik dan elektronik berteknologi tinggi akan menikmati kadar tarif sifar peratus.
00:39Rosan juga mengaklumkan pihaknya juga telah memohon layanan serupa untuk nikel dan komoditi lain.
00:45Dalam temubuan susulan, Rosan enggan mengulas lanjut mengenai tarif kuat kuasa tarif sifar tersebut dan tidak mengesahkan semada ia akan bermula selepas tarif akhir 7 Ogos.
00:54Dalam masa sama, beliau juga tidak memperincikan sasaran pemotongan tarif bagi komoditi lain seperti minyak sawit dan nikel.
01:01Terdahulu, Menteri Penyelaras Ekonomi Ailangga Hartarto memberitahu rundingan pengurangan tarif bagi minyak sawit masih berjalan.
01:08Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini menyatakan minat terhadap mineral merah itu malah memuji kualiti tembaga Indonesia.
01:14Trump ketika itu mengumumkan pengurangan tarif asal sebanyak 32% ke atas barangan Indonesia kepada 19% selepas Jakarta bersetuju membuat beberapa konsesi perdagangan.
01:26Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan White House, perjanjian itu menyaksikan Indonesia bersetuju untuk menarik balik sekatan ekspor terhadap mineral kritikal.
01:34Bagaimanapun, Ailangga menegaskan bahawa larangan ekspor biji tembaga mentah akan kekal dan hanya tembaga yang telah diproses di dalam negara akan diekspor.
01:43Menurut laporan Kajian Geologi Amerika, Indonesia memiliki rezab tembaga sebanyak 21 juta tan metrik, sekitar separuh daripada rezab Amerika yang mana kedua-dua negara melombong sekitar 1.1 juta tan metrik tembaga pada tahun 2024.
01:56Terima kasih telah menonton!