• 1 year ago
Menurut agensi itu dalam kenyataan hari ini, pihaknya akan terus memainkan peranan strategik dalam memperluas jaringan dagang global, memperhebat promosi eksport dalam sektor berimpak tinggi yang sejajar dengan prinsip Ekonomi MADANI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perbandanan pembangunan perdagangan luar Malaysia, Madrid, menyokong sasaran pertumbuhan ekspor kasar negara pada kadar purata 5.8% tahun dengan matlamat mencapai 2.09 triliun ringgit menjelang 2030.
00:16Agensi itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat berkata pihaknya akan terus memainkan peranan strategik dalam memperluas jaringan dagang global, memperhebat promosi ekspor dalam sektor berimpak tinggi yang sejajar dengan prinsip ekonomi barani.
00:34Pengurusnya Datuk Sri Rizal Merikan Nainah Merikan berkata inisiatif agensi itu akan diselaras dengan menyokong aspirasi kerajaan dalam rancangan Malaysia ke-13 RMK13.
00:44Ujarnya keutamaan akan diberikan kepada memperkukuh daya saing ekspor negara melalui pemerkasaan perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS, penerokaan pasaran baharu, meningkatkan inovasi produk serta penyusayan kepada lanskap perdagangan global yang semakin kompleks dan mencabar.
01:03Dalam pada itu, Madrid akan memperluas program pemadanan ekspor, bimbingan pasaran luar negara serta menyediakan program pembangunan kapasiti seperti seminar, bengkel dan khusus berkaitan kepada PMKS.
01:16Katanya langkah strategik turut diambil dalam merancang program pembangunan dan promosi ekspor yang sejajar dengan aspirasi kerajaan.
01:26Terutamanya dalam membangunkan industri pertumbuhan bernilai tinggi, merangkumi sektor elektrik dan elektronik, animasi dan permainan digital halal, pertanian modern, perkhidmatan global dan franchise.
01:38Metrik juga akan menumpukan kepada penerokaan pasaran baharu berpotensi tinggi seperti Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah dan Eropa Timur melibatkan peningkatan penyertaan dalam perjanjian perdagangan bebas, program padanan perniagaan dan misi pecutan ekspor.

Recommended