00:00Nilai perdagangan antara Sarawak dengan Jepun mencecah RM31.6 bilion pada 2024 sekaligus mencerminkan hubungan strategik yang kukuh dengan ekonomi gergasi Asia itu.
00:12Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyatakan, Jepun kekal sebagai antara rakan dagang terbesar Sarawak, justru menunjukkan keyakinan berterusan terhadap potensi ekonomi wilayah itu.
00:24Berucap ketika merasmikan Minggu Sarawak di Pavilion Malaysia Expo Dunia 2025 Osaka, Jepun pada Jumaat, Awang Tengah berkata sejak 2011 pelaburan Jepun dalam sektor pembuatan di Sarawak telah mencecah RM13.8 bilion dan mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan.
00:42Beliau menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk terus memperluas kerjasama dengan Jepun terutamanya dalam bidang teknologi digital.
00:49Hidrogen hijau, amonia dan tenaga boleh berharu.
00:54Usaha turut difokuskan kepada pembangunan industri hiliran bernilai tambah peralihan ke ekonomi kitaran
01:00serta pembinaan ekosistem digital yang berdaya saing bagi menjadikan Sarawak sebagai kuasa digital serantau.
01:06Terima kasih kerana menonton!