• 1 year ago
Seramai 30,000 orang dijangka hadir memeriahkan sambutan hari Malaysia peringkat negeri Sabah kali ke-62.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 30,000 orang dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah kali ke-62.
00:08Bertemakan Malaysia Madani, Rakyat Disantuni, acara pada 16 September itu akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
00:15Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Kristina Liu berkata,
00:2016 September bukan sekadar hari untuk memperingati penubuhan Malaysia.
00:24Ia juga detik untuk merenung kembali nilai perpaduan, kepelbagaian dan keharmonian yang menjadi teras kepada Malaysia.
00:32Beliau berkata demikian ketika mempenguruskan mesyuarat pertama jawatan kuasa pada Kamis.
00:36Menyentuh mengenai persiapan, Kristina berkata,
00:39masih terdapat beberapa aspek penting yang memerlukan perhatian segera daripada jawatan kuasa penganjur,
00:44khususnya berkaitan logistik, keselamatan, protokol dan promosi.
00:49Kristina berharap agar sambutan Hari Malaysia tahun ini akan menjadi penanda aras baru dari segi pengurusan dan penyelarasan
00:56serta menggalakkan penyertaan rakyat yang lebih meluas serta liputan media yang lebih berimpak.

Recommended