• 1 year ago
Seorang lelaki warga Vietnam bertindak agresif dengan cuba melarikan bayi berusia 11 bulan sambil memegang pisau selepas mencuri makanan laut di sebuah pasar raya di Butterworth, sebelum berjaya ditahan orang awam dan polis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Vietnam ditahan polis selepas bertindak agresif cuba melarikan bayi berusia 11 bulan
00:06sambil memegang pisau selepas mencuri makanan laut di sebuah pasaraya di Jalan Telaga Air Butterworth.
00:12Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Anwar Abdul Rahman berkata
00:17kejadian berlaku ketika suspek cuba melarikan diri bagi mengelak ditahan penyelia dan pekerja pasaraya.
00:23Kejadian berlaku sekitar 12.45 tengah hari apabila suspek dikesan membawa beberapa makanan laut keluar dari pemis tanpa membuat pembayaran.
00:35Usaha penyelia dan pekerja menahannya mendorong suspek menarik bayi tersebut dari pelukan ibunya sambil mengacu pisau.
00:43Berlaku pergelutan antara suspek dan orang awam sebelum suspek berjaya ditahan.
00:48Bayi yang cuba dirampas suspek turut mengalami lebam di belakang badan manakala seorang pengawal keselamatan luka di tangan akibat terkena pisau suspek.
00:57Suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk deriman pada ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380, 324 dan 506 Kanun Kesiksaan.
01:08Terima kasih kerana menonton!

Recommended