• 1 year ago
Dijangka jenazah akan dikebumikan semula di daerah Sipitang sejurus proses tindakan lanjut selesai.
Transcript
00:00Proses bedah siasat jenazah Allahia Rahamah Zara Khairina Mahathir difahamkan selesai selepas 8 jam prosedur berkenaan dilakukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada Ahad.
00:12Sumber memaklumkan proses tersebut tamat jam 8 Ahad malam dengan jenazah akan dikebumikan semula di daerah Sipitang sejurus proses tindakan lanjut selesai.
00:22Untuk rekod jenazah remaja berusia 13 tahun itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth sekitar pukul 10.30 malam pada Sabtu setelah kubur Allahia Rahamah digali semula.
00:32Pada Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara memaklumkan mayat Zara Khairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur berdah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
00:43AGC berpendapat ada keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh polis diraja Malaysia demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
00:55Zara Khairina dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth.

Recommended