• 1 year ago
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata tindakan itu dibuat selepas pasukan khas sell selesai melaksanakan siasatan tambahan bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kertas siasatan berhubung kematian Zara Kairina Mahathir akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara Pada Isnin bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.
00:10Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tindakan itu dibuat selepas pasukan khas selesai melaksanakan siasatan tambahan bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan.
00:22Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata setakat ini 195 saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tata Cara Jenayah.
00:35Mereka terdiri daripada pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan, ibu bapa serta saksi lain yang mempunyai kaitan langsung dengan kes tersebut.
00:46Menurut Kumar lagi, siasatan polis tertumpu kepada dua aspek utama iaitu inkwest serta kemungkinan berlakunya pelakuan jenayah lain termasuk kes buli dan penularan berita palsu.
00:59Sehubungan itu, ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menjelaskan kemonian masyarakat.
01:08PDRM juga memberi jaminan proses siasatan dilaksanakan secara menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.
01:17Pada 6 Ogos lalu, Pugam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki mengutamaklumkan Jabatan Pugam Negara menyerahkan semula laporan siasatan awal kepada polis untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.
01:29Zara Khairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I.
01:42Terima kasih telah menonton!

Recommended