00:00Bertemu kembali, orang ramai tidak perlu takut untuk memasang atau mengibarkan jalur gemilang hanya kerana kontroversi bendera terbalik baru-baru ini.
00:10Malah, Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadil berkata, sambutan bulan kemerdekaan yang akan datang memerlukan lebih ramai orang mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda patriotisme dan semangat cinta kepada negara.
00:24Di kalangan beberapa warga, mereka merasa risau sekiranya kalau mereka ambil pasang tersalah, adakah kumpulan-kumpulan ini akan datang gertak mereka, buli mereka.
00:37Jadi, itu sebab dalam ucapan saya memberikan mesej, don't be afraid, kibarkan jalur gemilang, be proud of our jalur gemilang.
00:46Tambah beliau, sekiranya berlaku kekilafan dalam pemasangan jalur gemilang, masyarakat seharusnya membantu membetulkan sesama sendiri atas semangat kebersamaan.
00:56Fahmi menegaskan sambutan bulan kebangsaan perlu diraihkan dalam suasana harmoni dan saling memahami bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
01:05Terima kasih kerana menonton!