00:00Empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga asing di sebuah rumah kongsi pekerja lombong biji timah di Sungai Bayas, Sungai Lembing, Kuantan awal pagi Sabtu.
00:12Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata, mereka yang ditahan berasal dari Bangladesh dan Myanmar selain seorang lelaki tempatan.
00:22Kesemua suspek berusia antara 38 dan 64 tahun.
00:30Ashari berkata suspek dan mangsa berusia 42 tahun itu merupakan pehuni rumah kongsi berkenaan.
00:35Seorang daripadanya mengaku menikam lelaki itu kerana membuat kacau ganggu dalam keadaan mabuk.
00:41Permisahan di lokasi kejadian menemukan sembilan pisau, empat sampel darah diambil untuk tujuan analisis.
00:47Ashari berkata mangsa dibawa ke hospital Tengku Ampuan Afzan kira-kira 3 pagi Sabtu oleh seorang rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri
00:56sebelum disahkan dan meninggal dunia akibat luka tikaman di tubuh.
01:01Kesemua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.