00:00Guru besar sekolah jenis kebangsaan China Kampung Baru Geduk, Tampin, meninggal dunia selepas ditemui pingsan di pejabatnya pada ahad.
00:08Guru wanita berusia 44 tahun itu difahamkan ada mengadu kurang sihat dan mahu berehat sebentar di biliknya.
00:16Difahamkan, mendiang sebelum kejadian hadir ke sekolah untuk sambutan Hari Keusahawanan.
00:21Ahli Parlimen Tampin, Dato' Muhammad Isam Muhammad Isa berkata,
00:24beliau sepatutnya hadir merasmikan program terbabit namun satu jam sebelum itu pegawainya memaklumkan kematian mendiang.
00:32Mendiang segera dibawa ke klinik kesihatan gemenceh yang kemudian mengesahkan kematiannya.
00:37Jelas Muhammad Isam, suami kepada mendiang memaklumkan guru besar itu tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan.
00:44Mendiang baru 8 bulan berkhidmat di SJKC Kampung Baru Geduk dan sebelum ini bertugas di SJKC Air Kuning.
00:52Mengimbau kembali, Muhammad Isam menceritakan mendiang merupakan seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai komitmen tinggi dalam tubuh.