• 1 year ago
ANCP merupakan inisiatif Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memperkenalkan serta mempromosikan tradisi ketenteraan laut kepada masyarakat umum, membabitkan perarakan kontinjen daripada 10 kapal tentera laut negara ASEAN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selepas 35 tahun, Pulau Pinang kembali menjadi tumpuan dengan penganjuran ASEAN Navy City Parade ANCP yang berlangsung pada ahad di Padang Kota Lama.
00:11ANCP adalah inisiatif tentera laut di Raja Malaysia TLDM bagi memperkenal serta mempromosi tradisi ketenteraan laut kepada masyarakat umum membabitkan perarakan kontingen daripada 10 kapal tentera laut negara ASEAN.
00:30Turut terlibat Pasukan Kadit Bersatu Malaysia, Pasukan Simpanan Sukarela dan Pesatuan Veteran TLDM dengan acara menarik perhatian pengunjung yang mulai hadir seawal 6.30 pagi ia demonstrasi buk tempuh serta flypass terbang lintas hormat, helikopter TLDM, persembahan kawat senyap dan pacaragam TLDM.
00:52Sebanyak 301 peserta kontingen kapal ASEAN dan 388 pelajar daripada 11 sekolah termasuk Penang Free School, SMK Perempuan St. George, SMK Pekulajaya serta SMK Bukit Jambul mengambil bahagian dalam perarakan dan persembahan pancaragam.
01:11Perarakan kontingen melibatkan tiga kapal peranti LDM iaitu KD Kedah, KD Leku dan KD Lekir selain RSS Wigol Singapura, KRI Bung Tomo Indonesia, KDB Darul Aman Brunei, UMS King Singh Pugh Singh Myanmar, HTMS Krabi Thailand, VPNS Kuantum Vietnam dan BRP Antonio Luna Filipina.
01:36ANCP diadakan serta dengan beberapa acara penting serantau termasuk mesyuarapan lima tentera laut negara ASEAN ke-19, eksersis tentera laut multilateral ASEAN ke-3 dan ASEAN Fleet Review.
01:50Penganjuran ANCP di Pulau Penang juga mempunyai nilai secara tersendiri apabila mengimbau kenangan pelaksanaan International Royal Fleet Review pada 19 Mei 1990 yang melibatkan 59 kapal perang dan 11,000 warga tentera laut dari pelbagai negara.

Recommended