• 1 year ago
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura berkata kerja-kerja pembersihan periuk api akan diteruskan bagi memastikan keselamatan jangka panjang serta keamanan kepada penduduk di kawasan itu
Transcript
00:00Thailand berjaya membersihkan lebih 99% periuk api di kawasan sempadannya dengan Kemboja.
00:07Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Luar Thailand berkata kerja-kerja pembersihan periuk api akan diteruskan
00:14bagi memastikan keselamatan jangka panjang serta keamanan kepada penduduk di kawasan itu.
00:20Memetik bernama bagaimanapun Nikondek berkata Thailand akan terus menggesa Kemboja agar bekerjasama dalam usaha pembersihan periuk api bersama.
00:31Beliau berkata gesaan serupa juga akan dibangkitkan melalui jawatan kuasa antarabangsa mengenai pematuhan kerjasama di bawah konvensyen Ottawa
00:40yang diterima pakai masyarakat antarabangsa pada 1967 untuk mengharamkan penggunaan senjata itu.
00:46Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Vasanti Chati Rawat mendedahkan sejak konflik sempadan bermula pada 24 Julai
00:53terdapat 18 kematian dan 39 kecederaan direkodkan di tujuh wilayah sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
01:01Secara keseluruhan, lebih 780,000 orang dan 260,000 isi rumah di Thailand terjejas dengan lebih 150,000 individu dipindahkan.
01:11Konflik ini juga memberi kesan jangka panjang dalam pelbagai dimensi.
01:15Pada 28 Julai, kedua-dua negara mencapai persetujuan untuk melaksanakan gejatan senjata tanpa syarat
01:20selepas mesyuarat khas di Putrajaya yang dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
01:27Dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri Kemboja, Han Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand, Pertama Wichayachai
01:32terus bersetuju untuk mengadakan mesyuarat jawatan kuasa am sempadan GBC
01:37sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian gejatan senjata.

Recommended