00:00Kerajaan mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM100,000 bagi menjayakan program RXZ Member 770 yang akan berlangsung pada 22 Ogos ini di litar pemotoran Gung Badak, Terengganu.
00:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu merupakan komitmen kerajaan dalam menyokong industri pemotoran tanah air selain memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program.
00:30Beliau menyifatkan program RXZ Member menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat dari seluruh negara sekaligus mengangkat potensi industri pemotoran ke tahap lebih tinggi.
00:41Subungan itu bagi menjamin keselamatan, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia PDRM untuk memberikan kawalan sewajarnya sepanjang program berlangsung.
00:51Sebelum ini, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, kawalan keselamatan itu melibatkan Jabatan Sesetan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT serta Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kuala Terengganu.
01:04Seramai 600 anggota serta pegawai polis akan dikerakkan bagi memastikan program RXZ Member 7.0 yang dijangka menghimpunkan lebih 100 ribu penunggang motosikal di Terengganu berlangsung dalam keadaan terkawal.
01:19Menurutnya semua anggota bersama 65 pegawai akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di seluruh negeri bagi memastikan keselamatan peserta dan orang awam terjamin.
01:29Terima kasih kerana menonton!