• 1 year ago
Tujuh warganegara asing dari Thailand, India, dan Laos dihalang memasuki Malaysia di ICQS Bukit Kayu Hitam. AKPS keluarkan Notis Penolakan Masuk kerana gagal penuhi syarat kemasukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tujuh warga asing dihalang daripada memasuki Malaysia di kompleks imigresen, kustom, kuarantin dan keselamatan ICQS Bukit Kayu Hitam Kedah pada Isnin.
00:11Menurut kenyataan Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, AKPS, mereka terdiri daripada warga negara Thailand, India dan Laos.
00:21AKPS mengenakan notis penolakan masuk NPM terhadap kesemua individu terbabit yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita.
00:30iaitu empat lelaki warga Thailand, seorang lelaki dan seorang wanita warga India serta seorang wanita warga Laos berusia antara 30-an hingga 50-an.
00:40Tindakan penolakan masuk ini dijalankan selaras dengan peruntukan Seksyen 8, Sub-Seksyen 3, Akta Imigresen 1959, Palang 63.
00:50Siasatan turut mendapati sebahagian daripada mereka tersenarai dalam senarai syak Jabatan Imigresen Malaysia, JIM.
00:56Kesemua individu diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama sejurus selepas notis dikeluarkan.
01:04AKPS menegaskan komitmen untuk terus memperketat kawalan di semua pintu masuk negara dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu
01:12yang cuba memasuki Malaysia secara tidak sah atau gagal mematuhi syarat kemasukan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan sempadan.
01:21Terima kasih telah menonton!

Recommended