Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis menumpaskan sindiket mengeksploitasi bayi dan kanak-kanak bagi tujuan seksual selepas menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di Johor Bahru yang dipercayai sebagai dalang utama menerusi Op Pedo yang dilaksana dari 19 Julai hingga 19 Ogos lalu.
Transcript
00:00Polis menumpaskan sendikin mengeksploitasi bayi dan kanak-kanak bagi tujuan seksual selepas menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di Johor Bahru yang dipercayai sebagai dalang utama menerusi opedo yang dilaksanakan dari 19 Julai hingga 19 Ogos lalu.
00:18Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata hasil pemeriksaan telefon bimbit yang dirampas menemukan puluhan rakaman video dan ratusan gambar penganayaan seksual kanak-kanak.
00:33Menurut Kumar, susulan tangkapan itu 10 individu termasuk 8 warga asing berusia 25 hingga 60 tahun di Johor Bahru, Selangor dan Pulau Pinang yang berperanan sebagai pengasuh kanak-kanak ditahan untuk membantu siasatan.
00:47Menerusi operasi itu, 3 kanak-kanak perempuan dan 2 bayi lelaki berusia antara 2 bulan hingga 5 tahun yang berada dalam kawalan suspek turut diselamatkan.
00:58Modus operandi suspek. Suspek ini akan mengiklankan dalam Facebook bahawa dia berminat untuk mencari anak angkat.
01:08Setelah iklan itu disebarkan, diwiralkan, perempuan-perempuan mengandung luar nikah tidak mempunyai pasangan.
01:24Suspek akan berhubung dengan suspek utama ini dan suspek akan menawarkan untuk menampung kos perubatan persalinan sehingga
01:39suspek akan mengambil anak tersebut atau bayi-bayi tersebut dan akan mengambil ibu sekalilah, ibu yang melahirkan anak sehingga proses pendaftaran selesai.
02:02Dia akan kontrol. Dia akan kawal. Dan selepas proses pendaftaran selesai, mak bayi itu akan ditinggalkan.
02:14So, bayi itu akan dipelihara oleh suspek yang menggunakan bayi-bayi itu untuk memuaskan nafsu dia selain menjual untuk mendapat keuntungan.
02:26Kes kini disiasat mengikut Seksyen 5, Seksyen 14, Subsection A dan Seksyen 14, Subsection D, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Recommended