Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berada dalam kelas tersendiri apabila berada di landasan terbaik untuk menghadiahkan kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia 2025 sempena Hari Kebangsaan ke-68 negara pada Ahad.
Transcript
00:00Beregu wanita negara Perlitan M. Tina berada dalam kelas tersendiri apabila berada di landasan terbaik untuk menghadiahkan kejuaraan-kejuahanan badminton dunia 2025 sempena Hari Kebangsaan ke-68 negara pada Ahad.
00:15Peluang tersebut hadir selepas pasangan nombor dua dunia itu mara ke pentas final kejuanan berprestij tersebut selepas mengalahkan Nami Matsuyama Chiharu Shida dalam saingan separuh akhir yang mendebarkan sehingga keset penentuan di Perancis sebentar tadi.
00:32Malah sejarah baru juga terukir apabila mereka menjadi beregu wanita pertama Malaysia mara ke saingan akhir sejak kejuanan itu mula dipertandingkan di Malmo, Sweden pada tahun 1977.
00:45Dalam aksi di Adidas Arena, Ferris itu Perlitanah memberikan tentangan sengit pada set pertama namun ia belum cukup apabila tewas 14-21 kepada gandingan Jepun yang berstatus ketiga dunia.
00:59Pasangan negara cuba bangkit menyusun semula strategi permainan dan nyata ia berbaloi apabila mereka menang 21-13 untuk melanjutkan permainan ke set penentuan.
01:09Debaran Kian terasa apabila kedua-dua gandingan saling bertukar mata namun kelebihan mendominasi permainan mengesahkan kemenangan buat Perlitanah 21-12 dalam masa 68 minit permainan.
Comments

Recommended