00:00Ini pula perkembangan protes yang berlaku di Indonesia.
00:02Kediaman ahli Dewan Pewakilan Rakyat Indonesia Ahmad Sarroni di Jakarta Utara diserbu orang ramai pada Sabtu.
00:09Berusuh merubuhkan pagar dan memecah masuk ke dalam rumah.
00:13Seterusnya, harta milik Ahmad Sarroni dibawa keluar dan diagihkan kepada orang ramai.
00:18Antara barangan dirampas adalah wang tunai, peti sejuk, televisyen serta peti besi.
00:23Selain itu, kereta yang diparkir di Garaj juga menjadi sasaran serangan orang ramai.
00:28Nama Ahmad Sarroni menjadi tumpuan hangat selepas beliau menifatkan individu yang menyerbu pembubaran Dewan Pewakilan Rakyat atau DPR sebagai kurang berakal.
00:38Susulan terpalik kontroversi parti diwakili Ahmad Sarroni iaitu Nasdem memutuskan untuk menarik beliau daripada jawatan timbalan ketua komisi ketiga di DPR dan menempatkannya sebagai ahli komisi pertama.
00:49Keberadaan Ahmad Sarroni ketika ini belum dapat dipastikan namun itulah naratif di media sosial mendakwa beliau ketika ini di Singapura.