00:00Tiada rakyat Malaysia di Pakistan dilaporkan terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6 yang melanda di timur Afganistan lewat Ahad.
00:09Kementerian Luar melalui Suruhan Jaya Tinggi Malaysia di Islamabad memaklumkan pihaknya berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Pakistan dan sedang memantau keadaan.
00:19Katanya rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas di Pakistan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada mematuhi panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi.
00:37Kenyataan itu menyeru mereka yang belum mendaftar kehadiran untuk berbuat demikian melalui e-konsular bagi memastikan sokongan dan komunikasi dapat diberikan dengan segera.
00:48Bantuan konsul boleh diperoleh di Suruhan Jaya Tinggi Malaysia di Islamabad di maklumat yang tertera.