• 1 year ago
Ia merupakan insiden kedua seumpamanya dalam tempoh kurang sebulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah helikopter milik tentera Pakistan terhempas di kawasan pergunungan utara negara itu pada Isnin.
00:06Memetik agensi British German, pegawai mengesahkan semua lima kru terbunuh dalam kejadian itu.
00:12Ia merupakan insiden kedua seumpamanya dalam tempoh kurang sebulan.
00:18Jururcakap Perajaan Wilayah Faizullah Farag berkata,
00:22helikopter itu sedang menjalankan misi menyelamat selepas banjir melanda kawasan Diamir
00:27di wilayah Gilgit, Maltisan, berhampiran sempadan Pakistan-Cina.
00:32Siasatan kini dilakukan bagi mengenalpasti punca nahas dan penilaian awal menunjukkan kemungkinan kerosakan teknikal.
00:40Beberapa minggu lalu, insiden sama berlaku di wilayah barat lau Qaibir, Pak Tun Kua
00:45apabila sebuah helikopter terhempas akibat cuaca buruk, turut mengorbankan lima kru.
00:51Setakat ini, lebih 850 dilaporkan terkorban akibat banjir di Pakistan.
00:56Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Pakistan yang mempunyai lebih 240 juta penduduk
01:03adalah antara negara paling terdedah kepada impak perubahan iklim.

Recommended