00:00Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai SCO pada Isnin menyatakan kebimbangan serius terhadap peningkatan konflik Israel-Palestin dan krisis kemanusiaan di Gaza.
00:11Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sidang kemuncak SCO ke-25 di Tianjin, China, para pemimpin mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang menyebabkan banyak korban jiwa dalam kalangan orang awam.
00:24Negara anggota SCO menegaskan keperluan genjatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan, kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, serta usaha lebih tegas untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan dirantau itu.
00:42Menurut kenyataan tersebut, satu-satunya cara untuk menjamin keamanan dan kestabilan di Asia Barat adalah penyelesaian menyeluruh dan adil terhadap isu Palestine.
00:53Deklarasi itu diterima pakai sebagai sebahagian daripada deklarasi Tianjin.
00:59China menjadi tuan rumah sidang kemuncak dua hari itu dan pemimpin SCO turut meluluskan plan pembangunan 10 tahun dan bersetuju memperdalam kerjasama ekonomi serta keselamatan.
01:11Kenyataan blok itu dikeluarkan ketika angka korban di Gaza meningkat kepada 63,557 sejak Perang Israel di wilayah itu bermula pada Oktober 2023.
01:24kemaskan kini serta keselamatan itu dan kemati kemasukan kebanan dan kembali kemalangan japan, kembali kemasukan kebanan dan kemanusiaan.