• 1 year ago
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah menahan 23 individu termasuk seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Jitra, selepas pulang bercuti di Thailand, pagi Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Agensi yang tidak ada kebangsaan AADK Kedah menahan 23 individu termasuk seorang pelajar tingkatan 6 sebuah sekolah di Jitra selepas pulang bercuti di Thailand pagi Isnin.
00:11Pengarahnya Khairul Anwar Ahmad berkata kesemua individu itu ditahan dalam Op Merdeka 2025 bermula 3 petang Sabtu hingga 1 tengah hari Isnin di Kompleks Immigration Custom, Kuarantin dan Keselamatan ICQS Bukit Kayu Hitam.
00:27Operasi membabitkan 3 pegawai dan 12 anggota itu adalah untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah ketika orang ramai memasuki negara ini selain membantras kemasukan dadah melalui sempadan negara.
00:42Sebanyak 30 kenderaan serta 15 motosikal diperiksa dan sebanyak 31 individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu 23 positif pelbagai jenis dadah.
00:57Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan 2 wanita yang berusia antara 18 hingga 40 tahun termasuk pelajar tingkatan 6 itu bersama pasangannya berusia 25 tahun yang ditahan pada 6 pagi Isnin.
01:13Saringan ujian air kencing dijalankan pelajar itu didapati positif ketamin dipercayai diambil ketika berhibur di sebuah pusat hiburan menekali individu lain didapati positif ganja, metafetamin dan MDMA.
01:27Mereka ditahan mengikut Seksyen 3-1-A Akta Penagi dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Kurungan Rawatan dan Pemulihan 1983 untuk tindakan lanjut.
01:42Berdasarkan siasatan awal kebanyakan yang ditahan, pengguna kali pertama yang mencuba dan mengambil dadah di tempat hiburan.
01:49Terima kasih telah menonton!

Recommended