• 1 year ago
Perbincangan tentang bencana di Malaysia sering terhad kepada banjir monsun, sedangkan ancaman geologi juga perlu diberikan perhatian serius.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kejadian gempa bumi lemah yang melanda segamat baru-baru ini harus dijadikan pengajaran penting dalam membina budaya kesiapsiagaan bencana di Malaysia.
00:10Fellow penyelidik kanan Pusat Persediaan dan Pencegahan Bencana DPPC di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Jepun, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Dr. Kamarul Azhari Razak berkata,
00:24walaupun isiden berkenaan diklasifikasikan sebagai risiko rendah, masyarakat perlu mengambil iktibar bahawa kawasan tertentu di negara ini berpotensi terdedah kepada gegaran lebih kuat jika berlaku gempa bermagnitud tinggi.
00:40Maknanya ilmu yang kita dapat, pengetahuan tentang apa tindakan-tindakan ini juga boleh membantu kita dan keluarga jika kita berada di kawasan risiko gempa bumi yang tinggi.
00:53Contoh, di Indonesia, seperti mana sedia maklum, kejadian pada 2004 telah menyebabkan tsunami besar di rantau kita dan 14 negara yang terjejas.
01:07So, daripada gempa menyebabkan tsunami dan 20 tahun, pada 25 Desember tahun lepas, juga banyak proses pembelajaran khususnya kita.
01:16Jangan mengandalkan enteng kejadian di Johor dengan melihat pada angka dan magnitude yang lemah itu, tetapi bagaimana pembelajaran yang harus kita angkat, terutama menjadikan masyarakat kita lebih berdaya tahan.
01:32Beliau turut menekankan keperluan peruntukan dana yang kukuh bagi tujuan penyidikan, teknologi dan pelaburan dalam bidang pengurusan risiko bencana atau Disaster Risk Reduction DRR.
01:44Dalam masa sama, beliau mengingatkan bagaimana perbincangan tentang bencana di Malaysia sering terhad kepada banjir monsoon, sedangkan ancaman geologi juga perlu diberikan perhatian serius.
01:53Rantau kita ini berdasarkan kepada rekod satu abad, 50% kejadian-kejadian bencana dan kadar kematian atau kadar yang menyebabkan bencana menyebabkan kematian, 50% berlaku di rantau kita.
02:13Jadi, di rantau Asia Pacific, di rantau kita ini, suatu yang kita boleh pelajari daripada bencana untuk bangkit.
02:22Katanya lagi, kerajaan perlu melihat isu ini bukan sekadar sebagai tindak balas selepas bencana, tetapi pelaburan jangka panjang untuk memastikan keselamatan rakyat dan kestabilan ekonomi.
02:34Justeru infrastruktur tahan gempa, sistem amaran awal serta latihan komuniti dilihat antara aspek yang perlu diberi penekanan.

Recommended