• 1 year ago
Insiden berlaku sekitar jam 8 pagi selepas kenderaan tersebut dikesan memasuki laluan masuk tanpa kebenaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki ditahan selepas merempuh pintu pagar konsulat Rusia di Sydney dengan sebuah kenderaan utiliti sukan SUV pada pagi Isnin, menurut pihak polis.
00:10Insiden berlaku sekitar jam 8 pagi apabila lelaki berusia 39 tahun itu dikesan memandu masuk laluan tanpa kebenaran.
00:18Menurut kenyataan polis, ketika anggota bertugas cuba mengarahkan dan menyoal pemandu terbabit, dia bertindak memecu kenderaan lalu merempuh pintu pagar berkenaan.
00:31Akibat kejadian itu, dua anggota polis mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan oleh pegawai perubatan.
00:36Tiada mangsa lain dilaporkan cedera. SUV tersebut berhenti di kawasan rumput berhampiran tiang bendera dalam perkarangan konsulat.
00:43Setakat ini, polis tidak mendedahkan motif kejadian mahupun pertuduhan yang mungkin dikenakan.
00:49Pihak kedutaan Rusia di Canberra masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung insiden itu.

Recommended