• 1 year ago
Serbuan besar-besaran di kilang bateri Hyundai di Georgia menyaksikan lebih 475 individu ditahan atas dakwaan bekerja tanpa dokumen sah, mencetuskan ketegangan antara dasar imigresen dan pelaburan asing.
Transcript
00:00Lebih 475 individu kebanyakannya dari Korea Selatan ditahan ejen persekutuan selepas serbuan dilakukan pada Khamis di sebuah kilang bateri Hyundai di Georgia, AS.
00:13Menurut kenyataan media daripada Pejabat Peguam Negara AS Selatan, Georgia, pihak penguatkuasa Undang-Undang Persekutuan, Negeri dan Tempatan telah melaksanakan warren geledah dan mengenalpasti ratusan pekerja tanpa dokumen sah.
00:30Peguam Negara Margaret Heap berkata, tujuan operasi adalah mengurangkan pekerja haram.
00:36Antara lain menghalang majikan daripada memperoleh kelebihan tidak adil dengan menggaji pekerja tanpa kebenaran selain melindungi pekerja tanpa dokumen daripada dieksploitasi.
00:47Jelas pihak berkuasa imigren tersebut berada secara haram di Amerika atau melanggar syarat kehadiran dan bekerja secara tidak sah melalui pelbagai cara kemasukan.
00:56Siasatan turut dijalankan selama beberapa bulan sebelum serbuan dilakukan melibatkan rangkaian subkontraktor dan mereka yang ditahan bekerja untuk pelbagai syarikat di tapak tersebut.
01:08Lapor BBC serbuan itu menimbulkan ketegangan antara dua keutamaan utama Presiden Donald Trump iaitu memperkukuh sektor pembuatan dalam negara dan membantras imigren haram.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended