00:00Tidak lagi terpinggir dalam sektor pekerjaan gig, pergiat seni bakal menikmati perlindungan menyeluruh menerusi rang undang-undang pekerja gig 2025 yang baru diluluskan Parlimen.
00:13Menteri Sumber Manusia Stephen Sim Chee Kiong menjelaskan antara perlindungan yang ditawarkan termasuk slip kaji, kadar bayaran minimum serta pengiktirafan kontrak lisan.
00:30Tidak lagi terpinggir dalam termasuk tempoh bekerja, gaji, pendapatan dan sebagainya.
00:39Kalau kontrak yang lebih baik daripada apa yang diperuntukkan maka standar yang lebih tinggi akan digunapakan.
00:49Beliau berkata demikian pada sidang media taklimat khas serang undang-undang pekerja gig 2025 di Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia Fitness di Hulu Kelang pada Isnin.
00:58Melalui fasal 13 RUU itu, setiap pekerja gig berhak menuntut slip perdapatan daripada majikan.
01:05Pemberi kerja pula diwajibkan mengemukakan slip berkenaan dan sekiranya gagal, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
01:12Sim menegaskan definisi pekerja gig tidak hanya tertumpu kepada sektor e-healing, sebaliknya turut merangkumi penggiat seni yang kebiasaannya bekerja berasaskan kontrak lisan.
01:22Dengan RUU ini, perjanjian sama ada bertulis lisan atau tersirat tetap sah di sisi undang-undang.
01:29RUU pekerja gig 2025 merangkumi 112 fasal termasuk penubuhan majlis tiga hala untuk menetapkan pendapatan, syarat kerja, mekanisme penyelesaian petikaian serta perlindungan keselamatan sosial.
01:42Ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara.