Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Dua pegawai polis maut apabila seorang remaja, 16 tahun menyerang sebuah balai polis di daerah Balcova, turki pada Isnin.
Transcript
00:00Dua pegawai polis maut apabila seorang remaja 16 tahun menyerang sebuah balai polis di daerah Balkova, Turki Barat pada Isnin.
00:09Menurut Gubernur Wilayah Izmir, Suleiman Elban, dua lagi pegawai polis dan seorang individu awam turut tercedera dalam serangan itu.
00:19Setakat ini, suspek yang identitinya tidak didedahkan telah ditangkap dan motif serangan sedang disiasat.
00:25Beberapa laporan awal mendakwa serangan berlaku beberapa hari selepas remaja itu dibebaskan daripada tahanan kononnya sebagai membalas dendam terhadap layanan tidak wajar di balai polis.
00:39Bagaimanapun, Elban menafikan suspek mempunyai rekod jenayah atau pernah ditahan sebelum ini.
00:46Berdasarkan siasatan awal, suspek tinggal di jalan yang sama dengan balai polis.
00:51Dia terlebih dahulu menembak seorang pegawai polis yang bertugas di hadapan balai, manakala mangsa kedua seorang ketua inspektor polis terbunuh dalam pertumbungan berikutnya.
01:02Insiden itu turut mendapat perhatian Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian pegawai polis berkenaan.
01:11Terima kasih telah menonton!

Recommended