Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis Diraja Thailand sedang mempergiat siasatan terhadap dakwaan pemilikan tanah melalui proksi oleh warga asing di Koh Samui dan Koh Phangan, satu amalan yang dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan ekonomi, khususnya di kawasan pelancongan utama.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Polis Thailand mempergiatkan sesatan dakwaan wujud pemilikan tanah melalui proksi oleh warga asing di Koh Samoy dan Koh Pangan yang dikuatiri boleh menjejaskan keselamatan ekonomi khususnya di kawasan pelancongan utama.
00:14Penolong Pesuruh Jaya Polis Lieutenant General Ying Yos Tem Jamnong berkata pihak berkuasa bekerjasama rapat dengan pegawai wilayah Suratani, Jabatan Tanah, Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Agensi Keselamatan.
00:30Menurutnya, hasil sesatan awal mendapati beberapa warga Israel di pulau-pulau tersebut berdepan pelbagai pertuduhan termasuk menjalankan perniagaan sewaan kereta, bekerja tanpa permit dan mengendalikan operasi pelancongan tanpa kebenaran.
00:46Tegasnya, semua sesatan akan dijalankan secara telus, adil dan mengikut lunas undang-undang.
00:51Sementara itu, dua pelancong Israel ditahan selepas didapati memiliki wang dolar Amerika palsu berjumlah lebih 5,000 dolar Amerika atau 184,000 baht yang telah ditukar kepada mata wang baht di lapangan terbang Samoy.
01:09Inspektor detektif kanan di balai polis Bob Hood, Lieutenant Colonel Panumat berkata,
01:17Matan Moshe 25 tahun dan Omer Sarusi 28 tahun ditahan pada Sabtu lalu berdasarkan warna tangkap yang dikeluarkan mahkamah Samoy.
01:25Polis menahan mereka di tempat pengendapan di kawasan Bob Hood yang mana kedua-dua suspek mendakwa mereka membawa wang tersebut dari Israel dan tidak mengetahui bahawa ia adalah palsu.

Recommended