00:00Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi membina tembok keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
00:10Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusof Mamad berkata, projek tersebut akan dilaksanakan di sepanjang sempadan dari Tumpat hingga Tanah Merah, seperti yang dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara MKN.
00:23Tembok Keselamatan itu bukan sahaja berperanan membendung kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, malah akan berfungsi sebagai benteng banjir bagi kawasan terjejas di sepanjang Sungai Golok.
00:38Pada 13 Oktober lalu, Muhammad Yusof dilaporkan berkata, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok di rantau panjang Pasir Mas merupakan keperluan strategik untuk membendung penyeludupan dan mempertahankan kedaulatan negara di sempadan Kelantan, Thailand.
00:53Katanya bentuk muka bumi Sungai Golok yang sempit dan cetek menjadikan kawalan keselamatan secara konvensional, sukar dilaksanakan walaupun dengan bantuan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, drone dan kamera lita tertutup.
01:08Terima kasih telah menonton!