• 1 year ago
Menurut Armizan, Warisan tidak wajar menuding jari terhadap GRS tanpa melihat sejarah dan tindakan mereka sendiri yang menerima ramai ahli politik daripada parti lain.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Timbalan Setiusaha Agong Gabungan Rakyat Sabah GRS, Dato' Armizan Muhammad Ali menemplak parti warisan kerana masih menuduh GRS sebagai parti lompat.
00:10Sebaliknya, beliau berkata warisan sebenarnya kini didakwa menjadi tumpuan kepada pemimpin yang berpindah parti menjelang pilihan raya negeri PRN.
00:18Menurut Armizan, warisan tidak wajar menuding jari terhadap GRS tanpa melihat sejarah dan tindakan mereka sendiri yang menerima ramai ahli politik daripada parti lain.
00:32Dalam menuding jari ke arah GRS, saya fikir perlu juga mereka yang bercakap, termasuklah barisan politikus lama, melihat ke dalam diri sendiri adakah mereka tidak pernah bertukar parti,
00:44adakah parti mereka suci tidak pernah menerima pemimpin lompat dari parti lain.
00:50Beliau menambah, ironi apabila parti yang paling lantang menentang budaya lompat parti, kini didakwa menjadi pihak yang paling gembira menyambut pemimpin parti lain.
01:00Armizan juga mendakwa langkah warisan menerima ramai ahli politik daripada luar seolah-olah parti itu kekurangan calon beribawa daripada barisan sendiri.
01:09Mungkin inilah jadinya, bila mana parti sendiri tidak ada calon yang diyakini layak, maka diumpanlah pemimpin-pemimpin parti lain yang kemaruk menjadi calon dan dilihat kompom tidak jadi calon dalam parti sendiri.
01:24Jadi tidak perlu diulas panjang kalau sebelum ini mereka tuduh GRS parti lompat, maka jadilah parti mereka kini warisan khususnya sarang para pemimpin lompat.
01:35Ahli Parlimen Papar itu menjelaskan GRS yang membawa legasi memperkenalkan semula undang-undang anti lompat parti di Sabah.
01:44Ini melalui pindaan Perlembagaan Negeri yang dibentang Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur dan diluluskan pada 25 Mei 2023.

Recommended