00:00Malaysia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas yang dibuat bekas pegawai tentera Thailand,
00:06Major General Bersara Rangsi Kiti Yansap mendakwa Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:13sebagai tangan tersembunyi dalam proses damai Thailand Kemboja.
00:18Panglima Angkatan Tentera General Tan Sri Muhammad Nizam Jaafar menegaskan
00:21tuduhan tersebut bukan sahaja tidak adil dan tidak berasas.
00:25malah amat mengecewakan khususnya apabila datang daripada seorang bekas pegawai kanan tentera.
00:32Beliau berkata kenyataan sedemikian menunjukkan kefahaman yang rendah terhadap konsep kesepakatan dan kepusatan ASEAN
00:39serta mengabaikan kerangka kerjasama yang menjadi asas kepada proses damai tersebut.
00:46Muhammad Nizam menjelaskan dokumen perjanjian damai Kuala Lumpur yang menjadi asas proses damai
00:51telah dipersetujui semua pihak dan menggariskan komitmen jelas terhadap keamanan, keselamatan serta kestabilan serantau.
00:59Dalam pada itu, beliau menyatakan Malaysia tidak pernah mencari pengiktirafan
01:03sebaliknya berusaha memulihkan keamanan dan melindungi nyawa serta menegakkan prinsip perpaduan serantau.
01:10Muhammad Nizam turut menekankan,
01:12Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berpegang pada prinsip bahawa keamanan paling baik dicapai melalui persefahaman dan kerjasama
01:20seperti yang telah dibuktikan dalam misi damai di Mindanao, Timur Lestir dan Lubnan.
01:26Beliau menyeru semua bekas anggota dan pegawai tentera untuk terus menegakkan prinsip profesionalisme,
01:32keadilan dan tanggungjawab moral serta tidak mempolitikan proses yang bertujuan menghentikan kehilangan nyawa.
01:38Malaysia jelasnya kekal teguh dalam komitmen untuk menegakkan penyelesaian yang dipimpin ASEAN,
01:45menghormati kedaulatan negara dan melaksanakan semua perjanjian damai secara telus.
01:50Terima kasih telah menonton!