• 1 year ago
MERCY Malaysia menghantar pasukan tindak balas kecemasan ke Filipina dan Vietnam susulan taufan Kalmaegi yang menyebabkan banjir besar, kemusnahan infrastruktur dan kehilangan nyawa di kedua-dua negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mersi Malaysia menghantar pasukan tindak balas kecemasan ke Filipina dan Vietnam, susulan taufan kalma igi yang mengakibatkan banjir, kerusakan infrastruktur serta kehilangan nyawa di seluruh wilayah terjejas.
00:12Presidennya Datuk Dr. Ahmad Faizal Muhammad Perdaus menerusi satu kenyataan menegaskan, perpaduan serantau dan tindakan pantas amat penting bagi menyelamatkan nyawa serta mempercepatkan proses pemulihan.
00:24Beliau menambah Mersi Malaysia akan bekerjasama rapat dengan rangkaian bantuan dan tindak balas bencana Asia ADDRN serta rakan tempatan bagi menyalurkan bantuan yang pantas, berkesan dan menyeluruh.
00:38Pasukan terdiri daripada empat kakitangan dan dua sukarelawan khusus yang dijadualkan beroperasi di Filipina dari 9 hingga 21 November ini sebelum diteruskan ke Vietnam.
00:48Misi tersebut akan menumpukan kepada bantuan perubatan kecemasan, bekalan air bersih, penyediaan tempat pelindungan serta perkhidmatan kesehatan mental dan psikosocial termasuk penubuhan ruang mesra kanak-kanak dan bantuan kecemasan psikologi.
01:03Mersi Malaysia turut memaklumkan keadaan di Filipina kini kritikal berikutan banjir besar dan kerosakan struktur akibat taufan berkenaan.
01:12Manakala taufan Fung Wong yang dijangka melanda negara itu pada ahad dikuatiri akan meningkatkan keadaan darurat.
01:19Di Vietnam, pasukan bersih Malaysia akan menjalankan misi bantuan bersama pihak tempatan bagi menyalurkan rawatan perubatan, air bersih, tempat pelindungan dan sokongan psikosocial.
01:30Mersi Malaysia turut menyeru sektor awam dan swasta untuk terus menyumbang dalam usaha bantuan yang akan digunakan secara langsung untuk menampung perbelanjaan perubatan, tempat pelindungan kecemasan, bekalan air dan sanitasi serta sokongan psikosocial.
01:45Terima kasih kerana menonton!

Recommended