• 1 year ago
Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr., mengarahkan semua agensi kerajaan berada dalam keadaan siaga penuh susulan Taufan Uwan (Fung-wong) yang semakin menguat dan dijangka melanda kawasan Luzon Utara dalam tempoh terdekat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. mengarahkan semua agensi kerajaan berkaitan untuk berada dalam keadaan siaga penuh bagi menghadapi taufan uan yang dijangka melanda kawasan Luzon Utara dalam masa terdekat.
00:13Menerusi kenyataannya, Marcos menegaskan kerajaan sedang memantau rapat keadaan semasa dan menekankan pentingnya kesiap siagaan bagi mengurangkan risiko bencana.
00:22Semua agensi dilaporkan telah mengambil tindakan pantas bagi memastikan keselamatan rakyat termasuk penempatan pasukan penyelamat dan penyediaan pusat pemindahan awal.
00:34Marcos turut menasihatkan penduduk di kawasan terjejas agar tenang namun berwaspada serta patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan dan kemaskini cuaca rasmi daripada Jabatan Meteorologi Negara.
00:45Setakat ini, taufan uan dikesan berada 680 km di timur bandar Borongan, Samar Timur, bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 km sejam dan angin maksimum mencecah 140 km sejam.
01:00Jabatan Meteorologi Filipina, Pegasa menjangkakan taufan uan akan terus meningkatkan kekuatannya dan berkemungkinan mencapai tahap taufan besar menjelang malam Sabtu atau Ahad berikutan keadaan semasa atmosfera.

Recommended