00:00Mahkamah Agung Brazil menolak rayuan peringkat awal bekas Presiden Jair Bolsonaro terhadap sabitannya dalam kes cubaan rampasan kuasa, sekaligus menyukarkan usahanya untuk mengelak hukuman penjara 27 tahun.
00:14Empat hakim sebulat suara menolak rayuan tersebut yang dikemukakan pasukan pemilaan Bolsonaro.
00:21Meskipun keputusan tersebut telah dibuat, prosiding akan diteruskan sehingga Jumaat depan dan hanya akan dimuktamadkan selepas sesi penuh berakhir.
00:30Dalam tempoh itu, panel hakim masih berpeluang untuk menukar pendirian mereka sebelum penghakiman akhir diumumkan.
00:37Hakim Mahkamah Agung, Alexandra de Moraes, menyifatkan hujah pasukan pemilaan sebagai tidak berasas.
00:44Rayuan itu disemak panel hakim yang hampir keseluruhannya sama dengan barisan yang menjatuhkan sabitan ke atas Bolsonaro sebelum ini dengan hanya seorang hakim baharu menyertai prosiding.
00:54Pada September lalu, Mahkamah Agung mendapati Bolsonaro bersalah mengetuai organisasi jenayah yang bertujuan mengekalkan kuasa walaupun kalah dalam pilihan raya Presiden 2022.
01:05Selepas penggantinya, Luis Inacio Lula da Silva mengangkat sumpah pada Januari 2023 penyokong Bolsonaro menyerbu Kongres, Istana Presiden dan Mahkamah Agung di Brasilia.
01:16Mahkamah memutuskan bekas Presiden itu sebagai dalang utama di sebalik insiden berdarah tersebut walaupun ketika itu beliau berada di Amerika Syarikat.
01:25Bolsonaro yang kini berusia 70 tahun berada di bawah tahanan rumah sejak Ogos lalu selepas didapati melanggar syarat jaminan.
01:32Terima kasih telah menonton!