00:01Penurunan jumlah tangkapan melibatkan rakyat Malaysia di bandar sempadan Sungai Golok sepanjang Dizim lepas mencerminkan keberkesanan langkah pencegahan hasil kawalan sempadan yang diperkukuh oleh pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
00:16Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Tan Sirihun berkata, hanya tujuh rakyat Malaysia ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan sepanjang tempoh itu.
00:25Katanya seorang daripada mereka ditahan atas kesalahan dadah manakala enam lagi kerana memasuki Thailand secara haram.
00:34Ini sekaligus menunjukkan pergerakan sindiket semakin disekat sebelum kegiatan jenayah dapat dilakukan.
00:41Dadah jenis metafitamin atau pil yaba masih menjadi bahan terlarang utama yang cuba diseludup.
00:46Beliau berkata operasi berterusan dijalankan secara bersepadu melibatkan polis, tentera, pejabat daerah Sungai Golok serta pejabat datuk bandar.
00:55Selain kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mengekang jenayah rentas sempadan.