00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk Power Shift Strategic Choices for Malaysia and Turkey pada lawatan rasmi beliau ke negara itu.
00:12Duta Besar Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal berkata syarahan tersebut bakal menggariskan keutamaan dasar luar Malaysia dan inisiatif bagi meningkatkan lagi kerjasama dengan Turki.
00:24Sazali berkata syarahan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala yang kini berada pada tahap perkongsian strategik komprehensif.
00:35Selain dari itu, di dalam semasa lawatan rasmi ini, Yang Ahmad Muhammad Perdana Menteri akan turut memberi satu syarahan umum bertajuk Power Shift Strategic Choices for Malaysia and Turkey.
00:49Ini adalah syarahan yang akan diberikan kepada pemikir-pemikir kritikal strategik negara di Turki, golongan-golongan profesional, akademik, pegawai-pegawai kanan Turki, pelajar-pelajar dan juga media.
01:10Menurut kenyataan susulan Wisma Putra, syarahan itu dianjurkan bersama Badan Pemikir Utama Turki, Foundation for Political, Economic and Social Research, SETA.
01:21Ia bakal menjadi pentas untuk Perdana Menteri memperincikan visi Malaysia dalam landscape kuasa global yang semakin beralih, selain memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Turki di bawah kerangka HLCS.
01:35Syarahan tersebut turut menggariskan halatuju dasar luar Malaysia dalam konteks perubahan geopolitik global, selain meneroka peluang kerjasama baharu dengan Turki dalam bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, pertahanan, teknologi, tenaga, semikonduktor serta pendidikan.
01:52Dalam berita, Sazali berkata, Perdana Menteri juga dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat perniagaan bersama lebih 40 syarikat utama Turki bagi meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia.
02:05Untuk rekod, lawatan rasmi ini merupakan kunjungan balas Anwar selepas lawatan Erdogan ke Malaysia pada Februari 2025.
02:13Terima kasih kerana menonton!