Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Masa depan minyak sawit kekal cerah dengan keutamaan untuk memperkukuh produktiviti, kemampanan dan penerimagunaan secara seiring.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, akan memperkenalkan harga rujukan rasmi minyak masak terpakai pada suku pertama, 2026.
00:09Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ia sebagai usaha meningkatkan ketulusan pasaran serta mengelakkan manipulasi harga.
00:19Jelasnya lagi, langkah ini akan menyediakan panduan harga yang lebih jelas, menyokong amalan perdagangan adil, melindungi pemain kecil daripada manipulasi harga dan penipuan.
00:32Selain menjadi langkah penting ke arah mewujudkan pasaran minyak masak terpakai yang lebih teratur serta mampan.
00:37Tambah Noraini, minyak masak terpakai berperanan penting dalam peralihan daripada sisa kepada sumber bernilai, khususnya bagi kegunaan hiliran seperti biobahan api dan produk kimia berasaskan sawit.
00:49Mengulas prospek industri, Noraini menyifatkan masa depan minyak sawit kekal cerah dengan keutamaan untuk memperkukuh produktiviti, kemampanan dan penerima gunaan secara seiring.
01:00Beliau turut mengingatkan kepentingan menumpukan aspek kualiti, kelestarian dan penjejakan bukan sekadar meningkatkan jumlah pengeluaran.
01:08Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaminan bagi memastikan minyak sawit Malaysia kekal dipercayai dan berdaya saing di peringkat global.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended