00:00Setiap kementerian dan agensi diminta mempertingkat serta mempercepatkan pelaksanaan keputusan yang dipersetujui bagi memastikan agenda digital dan kecerdasan buatan AI negara digerakkan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.
00:15Perdana Menteri Datuk Seria Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu ketika mempenguruskan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara, MED4IRN, Bilangan 1 Palang 2026 di Putrajaya pada Isnin.
00:30Antara keutamaan yang dibincangkan ialah persiapan pelancaran Malaysia Digital 2030, MD 2030, pada April 2026 sebagai pemacu utama pelaksanaan agenda digital dan AI, selaras hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara AI menjelang 2030.
00:48Menurutnya, mesyuarat turut menekankan usaha memperhebat pendaftaran My Digital ID, khususnya bagi aplikasi-aplikasi kerajaan, disamping mewajibkan integrasi sistem baharu serta penyepaduan sistem sedia ada bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih cekap, bersepadu dan berteraskan keperluan rakyat.
01:08Turut menjadi agenda adalah pembentangan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Digital berkaitan Government Innovation Initiative, GII, yang berpotensi memberi impak besar kepada penambahbaikan sistem kesihatan negara.
01:23Beliau berkata mesyuarat itu turut mengambil maklum input daripada Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan NAYO yang menekankan pembangunan dasar AI berasaskan bakat tempatan, merangkumi pelbagai sektor, selain memastikan peluang penyertaan inklusif kepada semua peringkat umur.