00:00Baik, akhir sekali festival film antarabangsa Berlin dibuka pada malam Khamis
00:04dengan legenda Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh diberi pengiktirafan
00:08menerusi anugerah pencapaian sepanjang hayat atau Honorary Golden Bear.
00:13Dalam ucapannya, Yeoh berkata walaupun pengkarya veteran meletakkan tanda aras yang tinggi,
00:18namun bakat baru perlu terus mengangkat industri dengan keunikan idea dan juga suara mereka.
00:26Pengarah filem Anora, Sean Baker yang menyampaikan anugerah tersebut
00:30menyifatkan Michelle sebagai pelakon yang menulis semula peraturan
00:34selain membawa keanggunan dan kebijaksanaan dalam bahaya, aksi dan kemanusiaan.
01:10Michelle merupakan pelakon wanita Asia pertama menerima penghormatan tersebut,
01:15menyertai penerima terdahulu termasuk Martin Scorsese dan Tilda Swinton.
01:20Beliau mula mendapat perhatian peminat global menerusi film James Bond, Tomorrow Never Dies,
01:25diikuti tiga tahun kemudian menerusi film Crouching Tiger, Hidden Dragon.
01:30Pada tahun 2023, beliau memenangi Oscar menerusi film Everything, Everywhere, All At Once.