• 9 months ago
Amerika Syarikat kini terpaksa membuka simpanan minyak kecemasan mereka, sesuatu yang biasanya hanya dilakukan semasa krisis besar selepas harga minyak dunia melonjak susulan konflik di Asia Barat.
Transcript
00:00Amerika Syarikat kini terpaksa membuka simpanan minyak kecemasan mereka.
00:05Sesuatu yang biasanya hanya dilakukan semasa krisis besar selepas harga minyak dunia melonjak susulan konflik di Asia Barat.
00:14Jabatan Tenaga Amerika Syarikat mengumumkan 172 juta tung minyak akan dikeluarkan daripada Strategik Petroleum Reserve atau SPR dalam usaha menstabilkan
00:26harga minyak global.
00:27SPR ialah simpanan minyak kecemasan terbesar di dunia yang diwujudkan sejak 1975 sebagai insurans jika bekalan terganggu.
00:39Simpanan ini biasanya hanya dikeluarkan semasa krisis bekalan serius contohnya selepas konflik Rusia-Ukraine dan kini ia digunakan lagi susulan
00:50gangguan bekalan akibat konflik dengan Iran
00:53dan penutupan laluan minyak utama di Selat Hormuz.
00:56Langkah ini jelas menunjukkan pasaran tenaga global kini berada dalam tekanan ekstrim sehingga negara kuasa besar seperti Washington
01:05berasa mereka perlu mengeluarkan stok kecemasan untuk cuba meredakan harga.

Recommended