• 9 months ago
Khalis Khadir memberikan perincian sejauh mana impak konflik di asia barat, khususnya penutup Teluk Hormuz memberi kesan kepada bukan sahaja harga minyak di Malaysia, malah bekalan makanan dan kadar inflasi negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik Irfan, selat hormos tutup harga minyak naik. Bunyinya jauh dari Malaysia tetapi laluan laut sempit di Asia Barat ini
00:09sebenarnya sangat penting kepada ekonomi dunia.
00:12Setiap hari sekitar 20% bekalan minyak dunia, kira-kira 20 hingga 21 juta tung sehari melalui selat hormos.
00:21Jadi laluan utama ekspor minyak dari negara-negara teluk seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Irak dan Iran ke pasaran global.
00:28Jadi apabila laluan ini terganggu, pasaran minyak dunia akan terus memberi reaksi dan kesannya boleh sampai kepada harga bahan api
00:37serta kos sara hidup.
00:39Dan kesan awal itu sebenarnya sudah mula kelihatan.
00:42Minggu ini kita lihat pergerakan harga bahan api di Malaysia, Bronze 97, kini berada sekitar RM3.85 se-liter, meningkat
00:52kira-kira RM60 berbanding sebelumnya.
00:54Harga diesel pula sekitar RM3.92, naik RM80.
00:59Namun bagi melindungi rakyat Malaysia, kerajaan kekalkan harga Ron 95 menerusi subsidi besar sehara Budi 95 pada RM1.99 se
01:10-liter.
01:11Persoalannya, adakah Malaysia berdepan risiko kekurangan bekalan minyak?
01:16Setakat ini, kerajaan bagi jaminan bekalan bahan api negara masih stabil, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu bekalan minyak
01:24Malaysia dijangka mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei.
01:28Apa usaha kerajaan?
01:30Kekalkan harga Ron 95 untuk Budi 95 pada RM1.99 se-liter.
01:36Apa lagi? Budi diesel, bantuan tunai kepada penerima turut dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 untuk bantu kumpulan yang bergantung kepada
01:46bahan api itu dalam operasi harian mereka.
01:50Baik, langkah kerajaan stabilkan bekalan minyak ini satu cerita.
01:53Tapi seperti biasa, apabila harga minyak dunia terus naik, ia mula menekan kos logistik.
02:00Akhirnya, harga barang harian rakyat naik.
02:04Kita sendiri saksikan harga Brent naik sekitar RM80 Amerika setung, kemudian melonjak sehingga RM120 setung dan kini berada di paras
02:14kira-kira RM100 setung.
02:17Juga harga Brent melonjak sehingga RM200 Amerika setung, apa yang dijangka akan berlaku?
02:24Ya, inflasi boleh meningkat antara 8 hingga 15% berbanding kadar semasa ketika ini, 1.6%.
02:32Harga makanan asas dijangka naik.
02:34Ya, kita lihat sebagai contoh, roti sebuku ketika ini sekitar RM3.20 dan ia boleh naik sehingga RM4.50.
02:43Begitu juga dengan ayam, boleh mencecah RM14 sekilo dan tepung RM4.50.
02:50Mengapa?
02:51Sebabnya, selek hormus ditutup, ganggu aliran minyak global, minyak mentah naik, disil meningkat, tekan kos pengangkutan.
03:00Bahan mentah import, ya, lebih mahal.
03:02Ringgit jatuh, tambah lagi tekanan kos.
03:06Sehingga kini, bekalan makanan negara masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik.
03:11Itu yang ditegaskan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu.
03:16Namun begitu, seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat perlu berjimat cermat kerana kerajaan juga bimbang
03:25kemungkinan kegawatan ekonomi itu jika situasi berada pada tahap terlalu selesa dan tidak mengendahkan soal kewangan.
03:33Konflik global ini tidak pasti bila akan berakhir dan kesannya boleh menjejaskan poket kita.
03:41Soalannya, sudahkah kita bersedia menghadapi impaks sebenar jika ketidakstabilan ini berlarutan?
03:49Terima kasih kerana menonton!

Recommended